Gowmaz

Firefox Bawa DNS Selamat (DoH) ke Android


Isu privasi dalam talian semakin mendapat perhatian, terutamanya bila permintaan DNS kita boleh dihendap jika tidak dienkripsi. DNS-Over-HTTPS (DoH) menyelesaikan isu ini dengan menyulitkan permintaan DNS, menjadikan pelayaran lebih selamat dan sulit dari pengintip atau penyedia Wi-Fi awam.

Kini, dengan pelepasan Firefox 143 di Android, pengguna boleh mengaktifkan DoH melalui pilihan “Increased Protection”. Ini bermakna privasi yang sedia ada di desktop kini boleh dinikmati juga dalam telefon pintar.

Dari segi prestasi, Mozilla melaporkan peningkatan ketara. Melalui kerjasama dengan CIRA (Canadian Internet Registration Authority) dan Akamai, masa resolusi DNS berdasarkan DoH kini 61% lebih pantas di percentile ke-75 (year to date). Dalam banyak kes, masa responsnya hampir sama seperti DNS biasa dan perbezaan hanya satu atau dua milisaat.

Pengguna juga diberikan kawalan penuh: boleh memilih resolver sendiri, boleh opt-in, dan Firefox hanya mempercayai penyedia yang mematuhi polisi “Trusted Recursive Resolver (TRR)” yang ketat.

Bagi pengguna di Malaysia, ini satu berita baik kerana privasi dalam talian menjadi lebih kuat jika anda sering menggunakan Wi-Fi awam atau sambungan internet yang kurang selamat.

Article title:Firefox Bawa DNS Selamat (DoH) ke Android
Article author:Gowmaz
Release time:Sep 18, 2025
Copyright 2025 gowmaz.com | Wan Mohamad Azhanudin
Sitemap